twitter
rss

Pagi, ibu goreng roti canai segera untuk sarapan. Cicah dengan sambal tumis. Wahh...makin sedap sambal ibu masak ni. Ini gara-gara "curik" resepi dari Mak Ngah la ni. Apa pun, Puteri bedal je. Lepas ni nak mandi. Puteri nak pergi shopping mall, One Utama di Damansara.

Tak sampai 20 minit, Puteri dah sampai kat OU ni. Awal Puteri sampai. Banyak shop tak bukak lagi. Macam Puteri pulak yang nak bukak gerai. Hmmm...teringat kedai Village Kids (Alam Sentral, Shah Alam). Sayang betul dah tutup.

Matlamat ke OU sebab nak cari lampu tidur untuk bilik Puteri. Kan sekarang ni Puteri dah tidur dalam bilik sendiri dengan adik Sofea. Biala ada lampu nanti, tak de lah Puteri bergelap je. Dari satu kedai ke satu kedai Puteri masuk. Hinggakan kedai yang tak jual lampu pun Puteri masuk jugak. Window shopping. Jenguk-jenguk je. Sampai di MPH, baru Puteri lepak lama sikit. Puteri nak cari magazine Princess. Ibu pulak cari magazine stitching. Adik Sofea pun sibuk ambik buku. Kemudian duduk dengan mulut kumat kamit. Seolah-olah dah pandai membaca je lagaknya. Geram lak Puteri tengok. Sementara tunggu ibu isi borang membership, Puteri sibuk layan kerenah Sofea yang berlari ke sana sini. DD perhatikan je. Takut pergi main jauh-jauh. Hilang nanti susah. Selesai membayar, Puteri terus cari food court. Lapar sangat dah ni. Puteri makan nasi goreng cina dengan air soya. Kongsi dengan Sofea. Ibu makan sizzling mee dan DD makan waffle je. Yakde yang menarik, kata DD. Puteri makan sikit je. Sofea yang makan banyak. Sampai berterabur la atas meja dan kerusi. Habis je makan, Puteri sambung aktiviti jalan-jalan cari barang tadi. Rasa macam kat Shenzen je. Naik lenguh kaki Puteri berjalan. Tapi elok jugak. Kira exercise la ni. Ibu kan nak kurus. Hihihi...

Sementara tunggu DD solat, Puteri masuk kedai pakaian kanak-kanak. Ibu terus membelek pakaian. Puteri dan Sofea berlari-lari ke sana ke mari. Main sorok-sorok di celah susunan pakaian. Sehinggalah DD selesai solat, ibu masih belum selesai memilih.

Disebabkan tiada shop yang menjual lampu bilik tidur (atau sendiri yang tak jumpa), maka Puteri ambil keputusan untuk shopping di JJ saje. Ntah apa mimpi agaknya, DD belikan doll untuk Puteri dan Sofea. Nak tau apa yang best?? Doll ni boleh "cry" tau. So, kenalah bagi susu kat baby ni nanti. Hahaha...Puteri dah terbayang Sofea mesti tak lekang dengan doll ni nanti. Hihihi,,,kesian la kat baby tu nanti, asyik kena "cry" je kan. Selain itu, Puteri dan Sofea dapat satu set pinggan dan cawan Princess untuk makan dan minum. So, nanti tak de lah nak berebut.

Akhirnya, its time for us to go home. Erghhh...what a relief. Penat sungguh Puteri hari ni.

1 comments:

  1. ramik award bersyarat kt my blog yerr =)