twitter
rss

Hari ni Puteri ke school seperti biasa. Badan Puteri masih tak berapa sihat lagi. Ibu bekalkan ubat ke sekolah.

Petang, bila ibu jemput Puteri, teacher inform ibu yang badan Puteri semakin panas. Ibu risau, terus inform Dady untuk ke klinik. Sampai di klinik, kebetulan hari tu Dr Azizah on duty. Doktor marah ibu sebab tak datang balik ke klink selepas 3 hari, jika demam Puteri masih tak baik. Ini dah sampai 5 hari baru nak datang. Dr Azizah kemudian ambik blood sample Puteri utk test. Takut-takut di jangkiti denggi pulak. Tapi, result nye kena tunggu around pukul 11 malam coz Dr Azizah kena bawak balik sample blood to ke main clinic die kat Ampang. Doktor dah siap-siap bagi letter, manalah tau kena masuk ward, tak payah lah susah-susah nak datang balik ke klinik utk ambik surat. Ibu semakin risau. Setelah selesai semuanya, kami pulang ke rumah nenek. Minggu ni, adik Sofea tinggal kat rumah nenek sebab rumah Siti tengah renovate.

Around pukul 11 malam, ibu called Dr Azizah untuk result blood tadi. Alhamdulillah, doktor cakap takde pape, cuma demam panas je and must continue to take medicine.

0 comments: