Pagi nie, sebelum check-out, kami sempat berendam sekejap dalam swimming pool. Ramai pengunjung tertumpu di swimming pool. Mungkin sebab pantai di sini tak cantik di tambah pula ombaknya yang besar. Mungkin jugak sebab tiada lokasi menarik di Rompin untuk di lawati. Cuma, Puteri rasa ramai pengunjung terdiri daripada "kaki pancing"...ntah betul ntah tidak, Puteri agak aje.
Sebelum tiba di Kluang, kami singgah di Mersing. Di fahamkan, pengunjung yang mahu ke pulau terutamanyer Pulau Tioman perlu naik feri di jeti Mersing. Mengambil masa satu jam setengah atau lebih bergantung pada cuaca, keadaan ombak dan juga keadaan feri tersebut.
Tiba di Kluang, kami berhenti di sebuah pantai. Terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai barangan. Dari bingkai gambar, tikar yang di perbuat dari buluh, teddy bear, bakul rotan dan macam-macam lagi. Manakala deretan gerai di sebelah pula menjual hasil tanaman buah-buahan tempatan. Sudah tentulah, neneas dan jambu menjadi pilihan.
Kami sempat juga berehat seketika di pantai tersebut sambil menikmati air kelapa. Hmmm....sedapnye...ditambah pula dgn angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa (hihi...betul ke ni).