twitter
rss

Hari ini seperti biasa, Puteri bangun agak malas. Selepas penat dileteri ibu, Puteri pun bangun dan bersiap utk ke Salsabiila. Kami keluar menuju ke rumah Siti. Puteri bermain-main dengan adik Sofea yang di pangku ibu di tempat duduk belakang sambil Dady memandu kereta. Selepas menyerahkan adik Sofea pada Siti (utk penjagaan), Puteri pun bergerak ke "school" dengan ibu. Manakala, Dady riding his kapchai following us from behind.

Tiba-tiba, Puteri terasa kereta yang di naiki agak lain. Ibu pun terasa sama. Terdengar bunyi bergetar di belakang kereta. Ibu memperlahankan kereta. Ibu tunggu Dady yang memberhentikan motornya di bahu jalan. Pada mulanya, Dady ras (kata), itu bunyi biasa je dan minta ibu teruskan perjalanan. Namun, Dady suruh ibu berhenti bila Dady perasan ada sesuatu yang melekat di tayar belakang sebelah kanan. So, ibu stop at the nearest station.

Setelah mematikan enjin, Dady membuka bonet. Dady mengambil tools dan mengeluarkan tayar spare. Aduhhhh....macam mana lak ada air bertakung kat dalam ni. Habis berkarat tools. Puteri lihat Dady mulai risau sedikit. Takut-takut tak boleh guna tools yang dah berkarat tu. Alhamdulillah, setelah berusah-payah dan lenjun dengan peluh, berjaya jugak Dady menukar tayar. Tak sangka, tayar spare pun takde angin. Untung berhenti di stesen minyak

Kami meneruskan perjalanan yang dah tertangguh hampir satu jam. Dady masih mengekori kami dari belakang hinggalah sampai di tol Sg Besi. Ya Allah.....apa halnyer ni....sesak teruk. Puteri fahamkan ada roadblock oleh pihak polis. Hmmm.....kenapala polis ni suka menyusahkan org.....

Lebih kurang satu jam, barulah Puteri lepas tol. Untung Siti ada bekalkan meehoon goreng. Jika tak, kelaparan lah Puteri dan ibu. Ibu kemudian berhenti di stesen petronas utk isi minyak. Puteri pun sempat lah beli breakfast kat Mc Donald....Hampir jam sepuluh pagi, barulah Puteri sampai di nursery. Ibu pula sampai di opis lebih kurang jam 10.30 pagi.

0 comments: