twitter
rss

Lepas breakfast ala kadar dengan "menu favourite", ktorang bertolak keluar. Tok Cu bawa ktorang naik train. Setelah penat berpusing dan bertanya arah, akhirnya jumpa gak train station tu. Jarak antara Metro Park Hotel ngan Lao Jie station tu lebih kurang lima belas minit je, tapi di sebabkan ibu kena carry adik Sofea, so belum pun sampai separuh jalan, ibu dah berpeluh sakan macam dah berbatu-batu jalan. Dady pun sama. Sebab kadang-kadang, Puteri tak larat nak jalan, so Dady lah yang carry Puteri.....kesian ibu & Dady kan.....

From : Lao Jie
To : Lao Hu
Fare : Renminbi 2 / per person

Waahhh....lajunya train ni. Smooth je perjalanan. Tak macam train kat KL. LRT nye pun tak sebagus di sini. Tambang pun murah je. Rasa-rasa Puteri, ada lah dalam sepuluh ke lima belas minit je perjalanan ngan train between the two station. Sampai je kat Lao Hu station, tempat yang first-first sekali kami tuju dah tentu lah toilet. Masing-masing ke toilet dgn botol masing-masing. Faham-faham aje lah kan. Kat sini, toilet nye bukan ada paip macam kat Malaysia.

Dah selesai semuanye, kami pun menuju ke tempat shopping (sorry, Puteri lupa la nama tempat shopping tu). Wahhhh......banyaknye barang. Semua ada. Macam-macam ada. Boleh di katakan, apa saje nak dari hujung rambut ke hujung kaki, semuanyer ada kat sini. Rambang mata ktorang semua. Kedai pertama yang kami tuju, of course lah, kedai kain. Ya Rabbi......banyak sungguh kain-kain silk kat sini. Rambang mata especially Wan Cu, Siti and of course ibu. Tak tau nak pilih yang mana satu. Semuanya cantik-cantik belaka. Tapi, satu lah kat sini, masalah komunikasi. They dont speak and understand english. So, apa-apa je guna calculator, nak bargain pun guna calculator. Lama jugak ktorang kat sini (i mean kedai kain ni aje, belum pun round the whole building). Lama-lama, perut pun mulai berkeroncong. Adduuhhh....kat mana nak makan ni. Tak nampak satu pun kedai / restoran halal. So, Tok Cu decided to go back to Lao Jie, tempat di mana ktorang menginap. Kan dekat sana ada restoran halal. Alaa....restoran yang masa first day ktorang sampai tu...Nak tak nak, terpaksa lah patah balik ke Lao Jie for our lunch. Terpaksa lah tangguhkan shopping tu....Waduuhhh....boleh pengsan tambah-tambah bila teringat nak jalan kaki tu......











Malam, setelah berehat dua tiga jam, kami keluar lagi. Kali ni, kami meronda sekitar Lao Jie je. Ronda punya ronda, we stop at Mc Donald kiosk. Bukan nak beli pape pun. Cuma nak beli soft drinks je. Haus sangat. Walaupun malam, tapi suhu kat sini agak panas jugak. Satu yang Puteri realised, kat sini ramai betul pengemis. Jika setakat mengemis aje tak pe lah jugak, ini tak, sampai ke tahap mengganggu / memaksa orang. Bayangkan, ada sorang pengemis tu ganggu sampai nak ambik air Puteri. Ibu dah risau, terus tarik tangan Puteri jauh dari pengemis tu. Sampai jatuh tumpah lah air Puteri. Eiiii....geramnya...nasib kat negeri orang....dah adat merantau kan, kenalah berpijak di bumi nyata.

Balik je hotel, kami melepak kat ruang tamu. Borak-borak sambil makan Maggie. Apa yang dah di beli siang tadi dan apa lagi yang nak di shopping esok...hahahaha......

Agak lewat, Puteri pun dah ngantuk. Penat sungguh hari ni. Yesss, its time to sleep. Tapi, yang sedihnya, malam tu, adik Sofea ayik meragam je. Menangis tak henti-henti. Berhenti pun sekejap je, pas tu nangis lagi. Puas lah, Dady, ibu dan Siti pujuk, tapi tak tau nape. Kesian ibu & Dady kan, dah lah penat berjalan siang tadi, tak dapat pulak nak berehat (tidur) malam tu....

0 comments: