twitter
rss

Puteri bercuti baru-baru nie, bersama Dady, ibu dan adik Sofea, ke Rompin mengikut rombongan Wan Cu sefamili. Awal-awal pagi lagi To Cu dah nak keluar. Kami pun bergegas memandangkan Tok Cu dah menunggu di R&R Seremban. Mak Su pun ikut serta. Angah dan Mak Ngah tak dapat ikut sebab Mak Ngah sedang sarat mengandung. Tak larat berjalan jauh, takut mabuk berjalan pun ada, dan takut bersalin tengah jalan pun ada....tapi rasa-rasanyer junior Angah belum nak keluar lagi...hehehe...Alang pun tak ikut serta, kena pergi opis katanyer, tapi tak tau lah, ntah ye ntah tidak....almaklumlah...Alang kan sekarang ni tengah "in love"....kihkihkih.....Atuk dan Siti pula ke Terengganu menghadiri majlis pertunangan anak saudara atuk. Insyaallah, bulan May ni, majlis nikahnyer...

Kata Dady, "Journey with Tok Cu" ni, kena selalu standby. Be prepared. Tak boleh nak depend pada planning trip aje. Suddenly, it can change...direction without alarm.

Betul seperti kata Dady, tak sampai half of the journey pun, kami singgah melawat Istana Seri Menanti. Dady sendiri tak pernah jejakkan kaki di sini, walaupun Dady anak orang Nogori. Orang Minangkabau.


Di hadapan Istana Seri Menanti



Di ruang makan dalam Istana Seri Menanti
Selepas menjengah Istana Seri Menanti, kami meneruskan perjalanan. Lebih kurang pukul satu, kami sampai di Rompin. Kami berhenti di suatu simpang tiga jalan yang kebetulan ada tempat makan, macam R&R, So, apalagi, dah starving giler ni. Makan le apalagi yang di tunggu.
Special menu kat sini ialah "Udang Galah". Setelah selesai makan, kami pun ingin meneruskan perjalanan, tiba-tiba di sapa oleh sekumpulan group MYVI yang mengedarkan risalah dan cenderahati mengenai keselamatan jalan raya.
Haluan kami di teruskan, ke mana lagi, tentulah ke resort. Dah penat, kenyang, tentulah nak rehatkan badan dan mata sekejap...hihihi...Rompin Beach Resort (RBR), resort yang Tok Cu booked for our accomodation.
Setelah berehat seketika, Puteri pun dah tak sabar nak terjun kolam ni. Nak swimming dgn Dady. Tak pun main bola dgn Cik Mai. Adik Sofea tak dapat nak swimming together, since die kecik lagi, baru 4 mths. Ibu pula terpaksa jaga adik. Kesian ibu, maybe next time....hmmm....seronok rasanyer...





Puteri tak mandi laut. Ombak tengah besar. Angin pun kuat. Lagipun pantai kat sini tak secantik pantai Port Dickson.
Petang hampir senja, kami keluar round pekan Rompin. Kami berhenti makan dekat muara sungai. Kelihatan banyak bot-bot nelayan tersadai di tebing sungai. Mungkin nelayan-nelayan baru pulang dari tengah laut. Mungkin jugak mereka tidak ke laut kerana laut sedang bergelora.
Sebelum pulang ke resort, kami singgah di pasar malam. Saja nak jalan-jalan. Window shopping. Dady beli bermuda ngan sandal...hmmmm...macam la kat KL tu tak de.
Kesihatan adik Sofea tak berapa baik. Selsema dan badan die pun agak panas. Asyik meragam je...malam tu Dady ngan ibu terpaksa bergilir-gilir menjaga adik Sofea.

0 comments: