twitter
rss

Puteri demam hari nie. Ibu dan Dady terpaksa ambil cuti. Mulanya, Puteri pergi school macam biasa, walaupun Puteri rasa tak sedap badan. Tapi bila dah lebih kurang sejam at school, tiba-tiba Puteri rasa sakit perut. Kemudian suhu badan pun naik. Ummi hubungi ibu. Setengah jam kemudian, ibu sampai. Bawa Puteri ke klinik Dr Azizah. Dr Azizah takde. Puteri jumpa seorang doktor lelaki....eemmmm...Puteri tak ingat pulak namanya. Selepas doktor check, doktor inform ibu yang suhu badan Puteri agak tinggi. Doktor terpaksa masukkan ubat masa tu jugak. Ibu mulai risau. Sebelum tu, ibu dah maklum Dady keadaan Puteri. Kerana risau, Dady pun ambik cuti.

Puteri dan ibu kemudian tunggu Dady di tol Sg Besi. Bila Dady sampai, kami terus menuju ke rumah nenek. Sampai rumah nenek, ibu beri Puteri makan ubat. Lepas tu, Puteri terus tidur sampai ke petang.

Petang, barulah, Puteri, Dady dan ibu ke rumah Siti pulak untuk jemput adik Sofea. Kemudian, barulah kami pulang ke Seri Putra.

0 comments: