twitter
rss

Pagi ni, kami ke pantai. Puteri main pasir dgn Cik Mai. Kami tak mandi. Ombak besar, air lautnyer pun tak bersih. Keruh kotor. Bila air laut surut, Puteri boleh nampak anak-anak ketam yang kecil berlumba-lumba lari masuk ke dalam lubang. Mungkin anak-anak ketam itu takut melihat manusia menghampiri mereka.






Tengahari, kami keluar pusing-pusing pekan Rompin. Tak de apa yang menarik. Puteri cuba cari T/Shirt atau sekurang-kurangnyer souvenier yang beridentitikan Rompin, tapi, sayang, tak ada.
Dah makan dan agak kekenyangan, kami meneruskan agenda ronda...yg membawa kami ke sebuah pantai (sorry, tak ingat nama pantai tu). Sekadar beristirehat dan bersantai sahaja.




Kami, kemudian singgah di sebuah lagi pantai (ini pun, Puteri tak ingat namanyer). Menariknye di pantai ini, terdapat buaian yang di perbuat daripada tayar dan di ikat pada tali yang di gantung pada dahan poko Rhu. Hmmm.....mengembalikan nostalgia kepada Dady.
Dalam kekenyangan "lunch" tadi yang masih belum hilang, kami masih boleh menjamah burger sebagai minuman petang. Dah adat berjalan agaknyer, sekejap-sekejap ada saja yang ingin di makan...teka Puteri. Apatah lagi jika dalam rombongan tu, ada orang macam Pakcik Baqir ye tak...hihihi...

Dalam perjalanan pulang ke resort, kami "terjumpa" sebuah masjid yang agak unik rekabentuk nyer. Masjid Al-Iman, Kg Leban Chondong, Pahang.




Setelah puas meronda, kami pulang ke resort. Seperti biasa, "swimming pool" jugak lah yang kami cari. Bertambahlah tahap kemasinan air kolam dek peluh kami "berpusing" tadi.
Malam, Tok Cu tak ke mana. Kami cuma makan di restoran resort aje. Mungkin sebab kesihatan adik Sofea yang kurang baik, atau mungkin diaorang semua dah tak sabar nak berkaraoke. Manalah tau, kot-kot ada peluang masuk AF pulak...kihkihkih....

0 comments: