twitter
rss

Pagi nie, Wan Cik buat breakfast nasi goreng. Pas tu ada gak roti canai. Atuk & Siti pagi-pagi lagi dah bersiap nak ke Ipoh. Ada kenduri kahwin. Puteri tak ikut. Puteri nak ke Tapah, tempah baju kurung. Sebelum keluar, Wan Cik dah siap-siap nak masak nasi ayam untuk makan tengahari. Tok Cik pula kerja petang hari ni. Puteri dan adik Sofea sempat lah bermain-main dulu. Tengoklah adik Sofea....excited sangat....



Dah siap masak, Wan Cik bersiap-siap. Wan Cik mencari kunci kereta barunya. Kereta Proton model 1.6 Pesona. Cuma kami berempat sekeluarga aje....ooppppsss...lupa, Mak Su pun ada sekali. Mak Su pun tak ikut Atuk & Siti ke Ipoh. Sampai pekan Bidor, Wan Cik isi minyak dulu. Dady yang tolong isikan. Biasanya, anak-anak Wan Cik yang isikan.

Sampai di kedai Aunty Nancy, ibu keluarkan semua kain-kain yang hendak di tempah. Kain-kain tu semuanya ibu beli masa kami holiday kat Shenzen, China hari tu. Lama jugak Puteri di kedai Aunty Nancy tu. Yelah, bukan setakat ibu, Mak Su, Puteri & Sofea je yang nak tempah, Siti, Wan Cu dan Makcik Zahrah pun kirim sekali kain-kain utk di tempah. Tak tau le auntie tu sempat siapkan ke tidak.


Oleh kerana penat dan kelaparan bila teringatkan nasi ayam Wan Cik tadi, kami pun segera pulang ke rumah. Tapi, sebelum balik tu, sempatlah jugak Puteri meninjau-ninjau kedai yang berhampiran. Wan Cik belikan Puteri set mainan masak-masak. Dapatlah Puteri main masak-masak dgn adik Sofea nanti.

Sampai di rumah Wan Cik, Puteri terus makan. Ehhmmmm....sedapnye nasi ayam Wan Cik nie, ada la lebih kurang macam ibu masak. Dua tiga kali jugak lah Puteri tengok Dady tambah. Ibu pun lebih kurang je. Bila dah kenyang ni, Puteri pun tangkap lentok la sampai ke petang.

Lebih kurang lepas Asar, kami bertolak untuk pulang ke KL. Sebelum tu, sempat jugaklah Atuk singgah di gerai buah-buahan. Ibu beli, semestinya lah jambu yang famous kat Bidor ni, jabu air dan ciku. Kemudian, kami meneruskan perjalanan. Atuk ikut jalan lama, melalui Slim River pas tu Tanjung Malim. Atuk keluar dekat exit Tanjung Malim.



Lebih kurang pukul 7.30 malam, kami sampai di Tol Bukit Bruntung. Atuk kata, nak singgah rumah Onyang sekejap. Saja nak ziarah lagi pun dah lalu kat jalan sini. Puteri pun tak pernah pergi rumah Onyang. Mak Long Salmi takde di rumah. Die on the way nak balik selepas menghantar Autie Aina balik ke boarding school kat JB. Setelah solat dan minum, kami teruskan perjalanan balik.
Kami sampai di rumah Siti lebih kurang pukul 11 malam. Di sebabkan dah lewat sangat, Dady kata, tidur aje kat rumah Siti.

0 comments: